
PENGENALAN
Committed Firearms adalah syarikat yang dimiliki oleh Committed Security dan sebelumnya merupakan syarikat yang dilesenkan di bawah Committed Security. Oleh kerana pengembangan dan pertumbuhan perniagaan syarikat, syarikat memutuskan untuk membahagikan perniagaan syarikat kepada dua perniagaan utama:
1. Perkhidmatan keselamatan - Commited Security Sdn. Bhd.
2. Senjata api dan peluru - Committed Firearms Sdn. Bhd.
Committed Firearms mempunyai lesen untuk berdagang, menjual dan memperbaiki senjata dan peluru di mana lesen itu dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur sejak 2019.
Committed Firearms adalah salah satu syarikat di Malaysia yang telah diberikan lesen dan kebenaran dari Polis Diraja Malaysia untuk berdagang dan melakukan pembaikan dan pembekalan senjata api. Syarikat ini membekalkan pelbagai jenis keperluan dalam menjual dan memperdagangkan senjata api, peluru, aksesori yang berkaitan, dan pelbagai jenis peralatan keselamatan.
PERKHIDMATAN SENJATA KAMI TERMASUK:
- Membekal dan menjual senjata api
- Membekal dan menjual peluru
- Urusan perdagangan senjata api di peringkat antarabangsa
- Membaiki dan menyelenggara senjata api
- Aksesori senjata api dan peluru
- Latihan senjata api
VISI
Pemacu utama perkhidmatan perdagangan senjata api dan peluru.
MISI
- Menawarkan kualiti terbaik dengan harga yang berpatutan.
- Menyediakan platform untuk pembeli mendapatkan perkhidmatan dan kualiti terbaik.
- Memperluas pasaran ke seluruh Malaysia dan pasaran luar negara.
- Keupayaan untuk meningkatkan daya saing antarabangsa.